YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dengan Kerjasama Yayasan Pahang Bagi Dewan Negeri (DN) Tanah Rata di Dewan Puncak Arabela, di Tanah Rata.

MAHU GUNA DUIT BANTUAN BELI KUIH RAYA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

CAMERON HIGHLANDS, 01 MEI 2021: “Duit bantuan ini saya mahu guna untuk beli lauk ayam dan kuih untuk raya nanti,” itu kata Encik Mestijo Ayob, 31, dari Kuala Boh Pos Menson di sini selepas menerima wang tunai RM200 sumbangan Yayasan Pahang.

Bapa kepada empat anak berusia sebulan hingga lapan tahun itu turut melahirkan rasa gembira kerana pertama kali bertemu YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Rasa gembira dapat bantuan hari ini, dapat jumpa Menteri Besar depan mata sendiri bila beliau sampaikan sumbangan raya ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dengan Kerjasama Yayasan Pahang Bagi Dewan Negeri (DN) Tanah Rata di Dewan Puncak Arabela, di Tanah Rata hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dengan Kerjasama Yayasan Pahang Bagi Dewan Negeri (DN) Tanah Rata di Dewan Puncak Arabela, di Tanah Rata.

Seorang lagi penerima, Puan Maimunah Din, 73, dari Kampung Lembah Bertam di sini turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan bantuan yang diterima hari ini.

“Alhamdulillah seronok sangat dapat bantuan ini, saya nak guna duit ni untuk beli baju raya untuk dua cucu yang tinggal dengan saya.

“Anak saya, mak kepada cucu ini dah meninggal sebab kanser pada 2015, ayah mereka pula kerja kampung saja, jadi bolehlah buat cucu seronok sikit,” katanya yang memerlukan bantuan tongkat untuk bergerak kerana kaki kanannya dimasukkan besi sejak empat tahun lepas.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Sehubungan itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, program Gemerlapan Rahmah Ya Ramadan bagi mengimarahkan bulan mulia ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat Pahang.

Majlis penyampaian ini melibatkan 120 orang golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada anak-anak yatim, 15 Orang Kelainan Upaya (OKU), 89 orang miskin tegar, empat orang ibu tunggal, dan 12 orang anak yatim dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24,000. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds