Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BAYAR ZAKAT FITRAH

Oleh: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 30 APRIL 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini hari ini.

Tuanku baginda membayar zakat fitrah berkenaan selepas menunaikan Solat Jumaat kepada amil zakat fitrah, Mohd Saiful Bahari yang berada di pekarangan masjid berkenaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Sehubungan itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang menyeru dan mengajak semua rakyat Pahang yang beragama Islam agar bersegera menunaikan zakat fitrah yang merupakan Rukun Islam keempat.

“Pembayaran zakat fitrah tersebut boleh dibuat melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) atau secara atas talian melalui laman sesawang MUIP serta Pahang Go,” titah baginda dalam satu kenyataan media.

Baginda juga menyeru rakyat serta badan korporat yang mempunyai kemampuan serta cukup syarat agar turut membayar zakat harta.

Baginda juga selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP telah menitahkan agar kakitangan MUIP di negeri dan daerah sentiasa mempertingkatkan usaha mengagihkan wang zakat Bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar pembayar zakat di Negeri Pahang yang merupakan wira tidak didendang dan menyumbang kepada pembangunan asnaf Negeri Pahang,” titah baginda. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds