1. Merujuk kepada kenyataan media Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Jawatankuasa ini ingin menjelaskan berkenaan perkara
pemberian vaksinisasi pekerja Genting Group.
2. Pemberian vaksinisasi adalah melalui COVID-19 Immunisation Task Force (CITF)
Negeri Pahang yang terdiri daripada pelbagai jabatan negeri dan persekutuan
seperti yang digariskan oleh Jawatankuasa CITF kebangsaan. Jawatankuasa ini
ingin memaklumkan seramai 32,156 orang telah mendapat suntikan dalam fasa 1
yang disasarkan kepada frontliners kesihatan dan perkhidmatan penting seperti yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan dan telah berjaya mencapai sasaran fasa 1 sepenuhnya.
3. Seterusnya, Jawatankuasa ini telah menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa 1 (Comirnaty, Pfizer) dan disasarkan kepada frontliners selain KKM dan termasuk guru-guru yang komobid dan sebagainya.
4. Seramai 2,700 orang guru telah menerima vaksin dalam fasa 1 manakala
sejumlah 1,120 orang guru tambahan telah dimasukkan dalam senarai penerima
dalam fasa tambahan menjadikan jumlah keseluruhan penerima ialah 3,820
orang.
5. Penerimaan vaksin Sinovac sebanyak 5,600 dos tambahan lagi bagi tujuan liputan kepada penerima dari sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH).
Seperti yang telah digariskan oleh CITF Kebangsaan, vaksin Sinovac ini tidak
sesuai untuk diberikan kepada golongan yang komobid.
6. Usaha mendapatkan penerima bagi semua kumpulan penerima telah dimulakan sejak awal Mac 2021. Pecahan temujanji yang telah diberikan adalah seperti
berikut:
a. PSH (Radicare) – 540 orang
b. Perkhidmatan sokongan klinik – 104 orang
c. Sektor Pengangkutan – 1,726 orang
(pelabuhan, penerbangan, feri, pengangkutan darat seperti lori, bas sekolah dan keretapi)
d. Pihak Berkuasa Tempatan – 102 orang
e. Perhotelan – 3,036 orang
7. Daripada 3,036 orang dari sektor perhotelan (house keepers, cleaners dan
penyelenggaraan) daripada 6 daerah dan bukan hanya daripada pekerja Genting
Group.
8. Inisiatif oleh Jawatankuasa ini mengambil kira beberapa faktor penting:
a. Kluster yang melibatkan Genting Highlands adalah seramai 563 orang
dan Kluster Jalan Genting berlangsung selama 2 bulan.
b. Ia sebagai usaha bagi mengerakkan sektor ekonomi dan sektor
sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan.
c. Keperluan untuk menjadikan hotel sebagai tempat kuarantin.
9. Jumlah agihan perancangan asal ialah 1,575 dos sahaja namun disebabkan
bilangan dari sektor pengangkutan darat yang layak tetapi tidak memberikan
sambutan seperti yang disasarkan walaupun usaha telah dijalankan,
menyebabkan jumlah penerima bagi sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036
orang.
10. Ingin ditegaskan bahawa Jawatankuasa CITF Negeri Pahang yang turut tertakluk
di bawah CITF Pusat, sentiasa komited dalam menjayakan Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan dan akan memastikan golongan yang sepatutnya
menerima bekalan seperti yang digariskan.
Sekian, terima kasih.
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI PAHANG