KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama-sama kenamaan berkenan hadir pada Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1442 Hijrah / 2021 Masihi yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, hari ini.

NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG DISAMBUT DALAM NORMA BAHARU

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
 
KUANTAN, 29 APRIL 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli hadir pada Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1442 Hijrah / 2021 Masihi yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.
 
Pada majlis itu juga turut diadakan Bacaan Yassin dan Tahlil Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.


 
Turut hadir bercemar duli ialah Tengku Panglima Raja, Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Arif Bendahara, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Panglima Muda, Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Arif Temenggong, Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
 
Majlis yang disambut secara norma baharu itu turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Negeri Pahang iaitu YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Sahibus Samahah Mufti Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman.
 
Pada majis sama turut diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh barisan Qari Negeri Pahang iaitu YH Dato’ Haji Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz, Ustaz Zulhashimi Mohd Yunus, Ustaz Huzaifah Abdul Sukir dan Ustaz Mohd Shahir Mohd Sabri.


Manakala pentausiah pula ialah Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, YH Dato’ Ustaz Haji Badlishah Alauddin dan Pendakwah, Maulana Che Wan Hilmi Wan Mohamad.
 
Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah oleh Dato’ Sri Haji Wan Rosdy. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds