YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menunjukkan plakad Pengumuman Agihan Keuntungan Pelaburan KOSMA di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

KOSMA UMUM 30 PERATUS AGIHAN DIVIDEN MODAL SYER

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 28 APRIL 2021 : Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mengumumkan Dividen Modal Syer dan Agihan Keuntungan Unit Ladang sebanyak 30 peratus bagi Dividen Modal Syer manakala RM3,300 seunit bagi Agihan Keuntungan Unit Ladang.
 
Pengumuman itu dibuat oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Bilik Kunjungan Hormat di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
 
Jumlah pembayaran yang dibuat adalah sebanyak RM37.64 juta termasuklah RM18.69 juta bagi Dividen Modal Syer manakala RM18.95 juta bagi Agihan Keuntungan Unit Ladang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika sidang media pada Pengumuman Agihan Keuntungan Pelaburan KOSMA di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.


Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, jumlah agihan keuntungan dan dividen adalah dibayar menggunakan keuntungan tahun semasa tanpa menggunakan wang rizab yang ada.
 
“Lebih 1,000 anggota yang layak akan menerima kesemua bayaran Agihan Keuntungan Unit Ladang berdasarkan jumlah unit yang dipegang.
 
“Bagi Dividen Modal Syer pula, semua anggota yang layak akan menerima 10 peratus daripada jumlah 30 peratus yang telah diumumkan manakala baki 20 peratus dividen tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia,” katanya.
 
Katanya, semua pembayaran akan dibuat bermula 30 April 2021.
 
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang, Encik Radiatul Fitri Dollah dan Pentadbir KOSMA, Encik Zahari Abdul Aziz. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds