YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menjalin ukhwah dan silaturrahim bersama golongan asnaf serta gelandangan di Surau Dapur Infaq di Jalan Wong Ah Jang, di Kuantan hari ini.

MB PAHANG SANTUNI ASNAF DAN GELANDANGAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 27 APRIL 2021 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempat meluangkan masa menjalin ukhwah dan silaturrahim bersama golongan asnaf serta gelandangan di Surau Dapur Infaq di Jalan Wong Ah Jang, di sini, hari ini.

Pada kunjungan itu, beliau sempat meninjau seramai 33 pelajar asnaf dan gelandangan yang mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang disediakan di surau berkenaan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meninjau seramai 33 pelajar asnaf dan gelandangan yang mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang disediakan di Surau Dapur Infaq di Jalan Wong Ah Jang, di Kuantan hari ini.

“Alhamdulilah, kanak-kanak di sini berpeluang mengikuti kelas pembelajaran al-Quran dan ini membuktikan bahawa nasib mereka tidak terbiar.

“Saya juga telah memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, supaya satu tindakan yang komprehensif dan bersepadu perlu diambil serta tidak bermusim,” katanya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Turut hadir Pengerusi Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (Teratai), Datin Sri Burhah Mohammed.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf dan gelandangan yang mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang disediakan di Surau Dapur Infaq di Jalan Wong Ah Jang, di Kuantan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan membantu sebaik mungkin bagi mengurangkan isu gelandangan yang harus dibantu agar permasalahan seumpama ini dapat dikurangkan.

Pada program sama, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bersama Datin Sri Burhah dan Dato’ Sri Hajah Shahaniza turut mengagihkan sebanyak 300 bungkusan makanan kepada golongan asnaf dan gelandangan di kawasan sekitar.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memasak dan mengagihkan barangan makanan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds