Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 156 penduduk di tiga buah kampung di Kuantan.

WARGA EMAS TERHARU TERIMA KURNIAAN TUANKU YANG DI-PERTUAN AGONG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 27 APRIL 2021: Tiada kata yang mampu diungkapkan oleh seorang warga emas selain hanya rasa terharu dan gembira apabila menerima kurniaan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 156 penduduk di tiga buah kampung di Kuantan.

Selamah Mohd Shah, 63, berkata, beliau sangat teruja, gembira dan tidak pernah menyangka menerima kurniaan daripada Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Selamah Mohd Shah, 63

“Ini pertama kali dalam hidup saya bertemu dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Walaupun baginda sibuk dengan jadual kerja yang padat namun keprihatinan baginda sanggup turun padang bertemu rakyat amat menyentuh perasaan.

“Kami amat terharu dan begitu gembira atas kurniaan ini serta berdoa semoga Allah SWT panjangkan usia Tuanku,” katanya ketika ditemui selepas Program Santuni Kasih dan Kurniaan Daerah Kuantan di Masjid Cherok Paloh di sini hari ini.

Pada program itu, Tuanku Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan sumbangan kepada 156 asnaf di tiga buah kampung di sini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada 156 penduduk di tiga buah kampung di Kuantan.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan itu disampaikan kepada asnaf terpilih membabitkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sepat, Kampung Kuala Penor dan Kampung Cherok Paloh.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Roziah Abdul Rahman, 57, bersama suaminya, Husin Abdullah

Sementara itu, seorang lagi penerima, Roziah Abdul Rahman, 57, yang mewakili suaminya, Husin Abdullah, berkata, mereka sekeluarga sangat teruja apabila dapat berjumpa dengan Seri Paduka secara bersemuka.

Ibu kepada lima orang anak itu juga berterima kasih kepada Seri Paduka yang berkenan menyumbangkan duit dan barangan lain kepada mereka sekeluarga.

Sharifah Aini Syed Anwar Pashah, 43

“Terima kasih kepada Tuanku yang sudi menghulurkan sumbangan dan bertanya khabar keadaan kami sekeluarga,” katanya.

Bagi Sharifah Aini Syed Anwar Pashah, 43, berkata, beliau berterima kasih kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong kerana sudi mengurniakan sumbangan ini.

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku. Dapat juga kurangkan beban kami sekeluarga,” katanya yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds