YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Notis 5A dan Sumbangan MUIP bagi mangsa banjir 2021 di Dewan Dato’ Omar, Kuala Medang, Lipis.

MANFAAT TANAH SEBAIK MUNGKIN – MB

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LIPIS, 24 APRIL 2021 : Seramai 12 penerima Notis 5A iaitu surat tawaran memiliki tanah kerajaan diingatkan supaya dapat memanfaatkan kemudahan tersebut sebaik mungkin.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian notis 5A ini adalah kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada semua penerima untuk digunakan sebaiknya.

“Manfaatkan tanah yang diberi ini dan jangan dijual kepada sesiapa kerana kita yang akan rugi, sebaliknya manfaatkanlah tanah yang telah diberikan ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Notis 5A dan Sumbangan MUIP bagi mangsa banjir 2021 di Dewan Dato’ Omar, Kuala Medang, di sini, hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Notis 5A dan Sumbangan MUIP bagi mangsa banjir 2021 di Dewan Dato’ Omar, Kuala Medang, Lipis.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’  Abd Aziz Haji Mat Kiram, Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor, Ahli Dewan Negeri (ADN), YB. Dato’ Mustapa Haji Long dan Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM20,000 daripada Kerajaan Negeri kepada Masjid Kuala Medang.

Pada majlis itu juga turut disampaikan surat tawaran penjualan dan cabutan undi rumah PAKR Kuala Medang kepada Encik Abdul Rahim Mohamad Hasbullah.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Kuala Serau yang terlibat bencana itu, baru-baru ini.

Seramai 52 mangsa banjir telah menerima sumbangan RM300 setiap seorang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM15,600. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds