Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika membuat pemeriksaan pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 Peringkat Negeri Pahang di sebuah pasaraya di Jerantut.

KPDNHEP PAHANG PERIKSA 18,781 PREMIS

JERANTUT, 24 APRIL 2021: Sebanyak 18,781 pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang ke atas premis perniagaan di seluruh negeri ini sejak 1 Januari tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, daripada pemeriksaan itu, 345 kes telah dikesan melakukan pelbagai yang melibatkan rampasan bernilai RM274,114.40 dan kompaun berjumlah RM89,000.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 Peringkat Negeri Pahang di sebuah pasaraya di Jerantut.

“Selain itu, KPDNHEP Negeri Pahang turut menerima 230 pelbagai aduan dan 211 aduan telah selesai disiasat.

“Kita tidak akan mengamalkan sikap memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang aktiviti manipulasi harga dan untung berlebihan di kalangan peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 Peringkat Negeri Pahang di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, skim harga maksimum musim perayaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan hari ini dapat mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa kerakusan peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah ketika membuat pemeriksaan pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 Peringkat Negeri Pahang di sebuah pasaraya di Jerantut.

“Penguatkuasaan undang-undang amat penting agar pengguna tidak teraniaya ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut bulan depan.

“Sebanyak 11 barangan keperluan pengguna diletakkan sebagai barangan kawalan iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A hingga C, daging lembu tempatan, daging kerbau import dari India, ikan kembung, ikan tongkol dan ikan selayang,” katanya.

Menurutnya, pihak KPDNHEP negeri akan membuat pemantauan berkala di semua premis perniagaan termasuk pasar tani dan bazar Ramadan.

“Para peniaga juga diingatkan agar meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal dan pengguna boleh membuat aduan sekiranya barang tersebut dijual melebihi harga yang ditetapkan.

“Peniaga individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 dan kompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat pula didenda sehingga RM20,000 serta kompaun sehingga RM10,000,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds