Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato' Abd Rahim Muda.

WAKTU OPERASI BAZAR AIDILFITRI DI PAHANG DILANJUTKAN HINGGA 2 PAGI, KANAK-KANAK DIBENARKAN MASUK

KUANTAN, 24 APRIL 2021: Operasi Bazar Aidilfitri di seluruh negeri Pahang dibenarkan beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan selain kanak-kanak bawah 12 tahun juga turut dibenarkan masuk berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda berkata, setiap pengunjung Bazar Aidilfitri akan diberi satu pas masuk dan bilangan pengunjung yang masuk ke bazar perlu dihadkan tertakluk kepada keluasan atau bilangan peniaga di tapak bazar.

Beliau berkata, jika pengunjung adalah dalam satu kumpulan atau keluarga setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak perlu diberi pas masuk.

“Pengunjung yang membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun atau warga emas perlu bertanggungjawab sepenuhnya tentang risiko keselamatan dan kesihatan mereka yang dibawa bersama.

“Setiap lot peniaga hanya dibenarkan menerima satu pelanggan atau satu keluarga dalam satu masa bagi mengelakkan kesesakan dalam lot peniaga,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, semua pengunjung, peniaga dan petugas di bazar perlu membuat pemeriksaan suhu dan imbasan QR Code MySejahtera dipintu masuk dan mereka yang mempunyai suhu tidak melebihi dari 37.5 darjah celcius sahaja dibenarkan masuk ke bazar.


“Semua pengunjung, peniaga dan petugas di bazar wajib memakai pelitup muka termasuk kanak-kanak selain hand sanitizer perlu disediakan di setiap lokasi kawalan pintu masuk dan keluar.

‘Peniaga pakaian dan kasut dikehendaki memastikan pelanggan tidak mencuba (fitting) sebarang jenis pakaian dan kasut,” katanya.


YB Dato’ Abd Rahim juga mengingatkan Bazar Aidilfitri akan ditutup selama tiga hari untuk pembersihan sekiranya terdapat pengunjung, peniaga atau petugas positif COVID-19.

Beliau juga menegaskan mana-mana pengunjung atau peniaga yang melanggar SOP akan dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds