YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, di perkarangan kediaman Ketua Kampung Keledek, Lipis.
TUJUH PENERIMA TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG BERJUMLAH RM31,400
Oleh : Fansurina Abdullah
KUALA LIPIS, 24 APRIL 2021 : Sebanyak RM31,400 cek bantuan daripada Kerajaan Pahang disampaikan kepada tujuh penerima di kawasan Dewan Negeri (DN) Jelai.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri bukan sahaja memberikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada rakyat tetapi turut menyediakan berbagai peruntukan lain yang lebih menyeluruh.
“Kerajaan Pahang telah memperuntukkan sejumlah bantuan kepada rakyat menerusi pelbagai program seperti pemeriksaan mamogram, Rumah Rakyat Pahang (RRP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dan Rumah Makmur.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
“Selain itu, menerusi BPP turut memberikan pelbagai bantuan kepada pesakit kronik, bantuan pembelajaran dan persekolahan dan peruntukkan bagi pelbagai kegunaan pejabat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, di perkarangan kediaman Ketua Kampung Keledek, Encik Ahmad Zaini Ismail, di sini, semalam.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Haji Long, Pegawai Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim, Pegawai Agama Islam Daerah Lipis, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zainudin Zakaria dan Pengerusi JKKK Keledek, Encik Ahmad Zaini Ismail.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, di perkarangan kediaman Ketua Kampung Keledek, Lipis.
Pada majlis sama turut disampaikan sumbangan kepada 48 pesakit kronik dari Kampung Beletik, Lubuk Kulit, Bukit Betong, Bukit Kota dan Keledek dengan setiap pesakit menerima RM1,000 bantuan.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri kini menumpukan usaha membantu rakyat dengan tenang kerana kestabilan politik di Pahang.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) atau MySejahtera. – PAHANGMEDIA