Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada peserta Agropolitan Tanjung Batu di Pekan.
193 PESERTA AGROPOLITAN TANJUNG BATU TERIMA SUMBANGAN
Oleh: Mahathir Ali
PEKAN, 21 APRIL 2021: Seramai 193 peserta Agropolitan Tanjung Batu di sini menerima sumbangan Ramadan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar di Nenasi baru-baru ini.
Beliau menyampaikan barangan seperti beras, kurma dan barang makanan lain dan turut menyerahkan sumbangan kepada imam termasuk kain pelekat dan kain batik kepada kepada jemaah yang menunaikan solat tarawih.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar menyampaikan sumbangan kepada anak-anak peserta Agropolitan Tanjung Batu di Pekan.
Bantuan ini merupakan sumbangan Kerajaan Pahang dan YB Ahli Parlimen Pekan bagi meraikan serta meringankan beban peserta Agropolitan tersebut di bulan Ramadan.
YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, Kerajaan Pahang sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang sebaik mungkin kepada apa jua perkara yang dihadapi penduduk di sini.
“Projek Agropolitan Tanjung Batu ini dilaksanakan oleh Perdana Menteri keenam yang juga Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada tahun 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar (tiga dari kanan) menunaikan solat tarawih bersama peserta Agropolitan Tanjung Batu di Pekan.
“Ia merupakan usaha Kerajaan BN sebelum ini untuk membantu penduduk yang dipilih dari golongan miskin menyertai projek ini dan mampu memperolehi pendapatan yang lebih baik serta menikmati kehidupan selesa di rumah tiga bilik yang dibina Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
“Saya bersyukur kerana projek ini masih kekal hingga ke hari ini dan peserta yang terlibat juga terus bersama-sama Kerajaan (BN) Negeri Pahang di kala susah ataupun senang hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi Media Pahang (UKOMP) selepas solat tarawih di Surau Agropolitan tersebut.
Katanya lagi, beliau sentiasa mengambil berat masalah penduduk di sini dan YAB Menteri Besar Pahang sertaYB Ahli Parlimen Pekan juga serius membantu lebih-lebih lagi ketika harga sawit jatuh merundum sebelum ini.
“Malah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bantuan kepada penduduk telah beberapa kali dihantar dengan segera dan malam ini sekali lagi membuktikan peserta Agropolitan sentiasa diingati dan dibantu,” katanya
Dalam majlis ini beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada pengurusan surau Agropolitan untuk kegunaan sepanjang Ramadan dan juga kepada kanak-kanak yang hadir menunaikan solat Tarawih.
Sebelum itu beliau melakukan Ziarah Ramadan ke tiga buah rumah di sekitar Kampung Tanjung Batu untuk bertanya khabar mereka yang kurang upaya dan menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Pahang bagi meringankan beban kesemua mereka. – PAHANGMEDIA