YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dalam sidang media sidang media pengumuman cabutan pemenang nombor bertuah Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi COVID-19 Pahang, Blok C, SUK Pahang.

PAHANG SASAR 1.1 JUTA RAKYAT TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 12 APRIL 2021: Kerajaan Pahang menyasarkan seramai 1.1 juta rakyat di negeri ini menerima suntikan imunisasi COVID-19.

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, setakat ini seramai 257,037 orang atau 23 peratus pendaftaran bagi suntikan ini telah diterima di Pahang.

“Seramai 39,762 orang telah mendaftar untuk Fasa 1. Ini merupakan 123 peratus daripada sasaran bagi fasa ini dan ia bermakna permohonan untuk penerimaan vaksin untuk Fasa 1 melebihi sasaran.

“Bagi Fasa 2 pula, seramai 168,592 telah mendaftar untuk menerima vaksin ini namun demikian, hanya 38,000 permohonan yang telah lengkap pendaftarannya iaitu hanya 46 peratus daripada sasaran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pengumuman cabutan pemenang nombor bertuah Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi COVID-19 Pahang, Blok C, SUK Pahang, di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, bagi pemberian suntikan imunisasi Fasa 2 yang akan dijalankan pada 19 April ini, Kerajaan Pahang telah bersedia sepenuhnya.

“Fasa 2 pada 19 April ini, kita bersedia untuk memulakan pemberian vaksin dan seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang sebelum ini, kita (Pahang) akan menumpukan peringkat awal Fasa 2 ini di penempatan orang-orang yang berisiko tinggi seperti orang tua, orang sakit, dan sebagainya.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pasukan vaksinasi Pahang akan pergi ke penempatan-penempatan berkenaan untuk memberikan suntikan vaksinasi di situ,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang akan memastikan rakyat di negeri ini mendapat suntikan vaksinasi yang lengkap.

Katanya lagi, orang ramai boleh mendaftar penerimaan vaksinasi di bawah SICP ini melalui tiga medium iaitu mendaftar di pusat vaksin, melayari laman web vaksin.pahang.gov.my, atau menghubungi Pusat Vaksin Pahang di talian 1-800-22-8040. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds