Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof

REMAJA DIKOMPAUN RM3,000 INGKAR PKPD

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

PEKAN, 11 APRIL 2021: Seorang remaja dikompaun RM3,000 dipercayai ingkar pergerakan masuk dan keluar ke tempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tanpa kebenaran polis di Taman Mentiga Jaya di sini, semalam.

Lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan melompat keluar halangan barrier dan kawat berduri yang telah dipasang di kawasan PKPD Taman Mentiga Jaya menuju ke perumahan Dato Shahbandar di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, lelaki dikesan melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9.40 malam dengan ingkar arahan keluar dan masuk ke kawasan PKPD tanpa kebenaran polis.

“Polis telah mengambil tindakan kompaun pada kadar RM3,000 terhadap lelaki tersebut atas kesalahan di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan)(No.3) 2021,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.

Beliau juga mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan PKPD supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bersama-sama memutuskan rantaian penularan COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds