YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan Bantuan Prihatin pada Majlis Bantuan Prihatin di Dewan Laman Sejahtera, Sungai Koyan.
BANTUAN TANDA KERAJAAN PAHANG TAK PERNAH PINGGIR RAKYAT
Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
LIPIS, 9 APRIL 2021: “Bantuan ini tanda Kerajaan Pahang tak pernah pinggirkan rakyat,” itu ujar Puan Aminah Ali, 69, salah seorang penerima bantuan Kerajaan Negeri bagi pesakit kronik pada Majlis Bantuan Prihatin di Dewan Laman Sejahtera, di Sungai Koyan di sini hari ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan kunci rumah PPRT pada Majlis Bantuan Prihatin di Dewan Laman Sejahtera, Sungai Koyan.
Pada majlis itu ini seramai 78 pesakit kronik dan terlantar dan 13 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran (JKK) menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Aminah yang menghidap penyakit buah pinggang dan tulang sejak lima tahun lepas turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan sumbangan ini.
“Saya rasa gembira dan berterima kasih dengan sumbangan ini kerana ia tanda Kerajaan Negeri sayang dan ambil berat kepada rakyat.
“Saya bercadang untuk menggunakan bantuan ini bagi perbelanjaan ketika temujanji yang perlu saya hadiri di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang bagi penyakit saya ini,” katanya yang menerima RM5,000 daripada Kerajaan Pahang.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long dan Pegawai Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.
Dalam majlis itu juga, Kerajaan Pahang menyumbangkan RM373,015 melibatkan 372 penerima, 14 buah surau dan 13 buah masjid di Dewan Negeri (DN) Jelai
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menyampaikan bantuan awal persekolahan daripada Kerajaan Pahang sebanyak RM100 kepada 253 murid Tahun 1. -PAHANGMEDIA