Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis pengurniaan komputer riba sumbangan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada sekolah-sekolah terkesan banjir di Genting Highland.
KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG KURNIA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA
Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim
BENTONG, 9 APRIL 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis pengurniaan komputer riba sumbangan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada sekolah-sekolah terkesan banjir di Genting Highland di sini hari ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menjunjung kasih tidak terhingga atas kemuliaan dan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyalurkan sumbangan Kerajaan Republik Rakyat China buat YASA kepada Kerajaan Pahang.
“Sumbangan berbentuk barangan berupa 100 buah komputer riba bernilai keseluruhan RM300,000 atau purata berharga RM3,000 sebuah.
“Sumbangan ini khusus bagi meringankan beban pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah yang terkesan teruk dengan bencana banjir yang melanda Pahang awal tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis pengurniaan komputer riba sumbangan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada sekolah-sekolah terkesan banjir di Genting Highland
Turut hadir, Tuan Yang Terutama, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Encik Ouyang Yujing, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.
Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan Republik Rakyat China, terutamanya kepada Tuan Yang Terutama, Duta Besarnya ke negara ini atas sumbangan ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kerajaan Pahang telah menetapkan 70 buah sekolah menengah dan rendah, yang akan menerima sumbangan berharga ini.
“Ia membabitkan 17 buah di Temerloh, 13 buah di Pekan, 11 buah di Lipis, lapan buah di Maran, tujuh buah di Jerantut, enam buah di Kuantan, lima buah di Bera dan tiga buah di Raub
“Saya harapkan sekolah-sekolah ini dapat bersyukur dan berterima kasih, seterusnya memastikan pembelajaran anak-anak pelajar di sekolah masing-masing, dapat terus dipertingkatkan dengan adanya kemudahan yang disumbangkan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA