KUANTAN, 30 MAC 2021: Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah diiktiraf sebagai sebuah universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau berharap ianya akan meningkatkan lagi hasil penyelidikan dan kualiti graduan sehingga universiti ini menjadi institusi pengajian tinggi yang ulung, bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Penubuhan KUIPSAS yang yang bermula pada tanggal 27 Ogos 1996 sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) merupakan satu lakaran kejayaan yang harus diingati oleh seluruh anak Pahang Darul Makmur.
“Sepanjang penubuhannya, KUIPSAS telah melahirkan graduan dalam pelbagai bidang dan merupakan antara aset terpenting pembang
unan modal insan bagi negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.
Beliau berkata, pendekatan KUIPSAS yang mengintegrasikan pembangunan ukhrawi dan kemahiran berteraskan industri merupakan ciri unik yang harus dikekalkan dan diperkasakan demi masa hadapan generasi akan datang.
“Saya berharap agar dengan penganugerahan taraf sebagai universiti penuh ini, akan meningkatkan lagi hasil penyelidikan dan kualiti graduan sehingga universiti ini menjadi institusi pengajian tinggi yang ulung.
“Semoga KUIPSAS akan terus maju dan berdaya saing, demi mendidik anak bangsa, khususnya bagi meningkatkan keupayaan dan kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya. – PAHANGMEDIA
KUANTAN, 30 MAC 2021: Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah diiktiraf sebagai sebuah universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau berharap ianya akan meningkatkan lagi hasil penyelidikan dan kualiti graduan sehingga universiti ini menjadi institusi pengajian tinggi yang ulung, bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Penubuhan KUIPSAS yang yang bermula pada tanggal 27 Ogos 1996 sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) merupakan satu lakaran kejayaan yang harus diingati oleh seluruh anak Pahang Darul Makmur.
“Sepanjang penubuhannya, KUIPSAS telah melahirkan graduan dalam pelbagai bidang dan merupakan antara aset terpenting pembangunan modal insan bagi negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.