YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Agunerah Perkhidmatan Cemerlang kepada anggota polis pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

SISTEM IMUNISASI COVID-19 PAHANG BANTU RAKYAT DAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 25 MAC 2021: Kerajaan Pahang mewujudkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang bagi membantu rakyat negeri itu mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri menyediakan medium kepada rakyat supaya mudah mendaftar terutama di kalangan warga emas bagi membantu mereka untuk menerima vaksin penawar itu secepat mungkin.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima cenderahati daripada Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

“Selain My Sejahtera, rakyat boleh juga mendaftar dengan sistem ini kerana kita hendak mempercepatkan proses pemberian vaksin ini.

“Malah, seramai 5,228 pegawai dan anggota polis telah mendaftar sebagai penerima vaksin dan 3,923 telah pun menerima suntikan pada fasa 1 baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, pagi tadi.

Hadir sama ialah Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Zakaria Ibrahim.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, selain mewujudkan sistem tersebut, Kerajaan Pahang juga menggerakkan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) untuk turun padang terutama di kawasan luar bandar supaya dapat mendekati masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin.

“Kerajaan Pahang menempatkan pegawai dan kakitangan di lokasi tumpuan orang ramai seperti pekan sehari dan di program-program tertentu untuk membantu orang ramai mendaftar. Kita pergi sendiri kepada mereka untuk mendaftar sebagai tanda prihatin terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang awam untuk sama-sama bekerjasama membantu pasukan polis dalam menangani jenayah.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam ucapannya, beliau berharap hubungan erat di antara pasukan polis dan masyarakat akan terus kekal dalam usaha membanteras jenayah selain menghadapi pelbagai situasi getir.

Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang telah dibangunkan sendiri secara dalaman oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang tanpa melibatkan sebarang bayaran kepada vendor luar.

Rakyat Pahang diminta untuk mendaftar ke pautan vaksin.pahang.gov.my bagi mendapatkan janji temu tarikh suntikan vaksin ini.- PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds