YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menunjukkan tanda bagus pada pelekat ‘This is Pahang’ pada Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur di Auditorium Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP hari ini.

‘THIS IS PAHANG’ DIJANGKA LONJAK PELANCONGAN DOMESTIK

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 MAC 2021: Kerajaan Pahang mensasarkan lonjakan dalam sektor pelancongan menerusi penjenamaan semula tema baharu dikenali ‘This is Pahang’ yang dilihat bertepatan dengan industri pelancongan domestik negeri itu.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penjenamaan tema baharu itu juga akan mempromosikan produk-produk pelancongan baharu dan sedia ada.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerima cenderahati pada Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur di Auditorium Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP hari ini.

“Kerajaan negeri akan menjalankan rangka promosi secara berterusan meskipun di dalam pasca COVID-19 ini selain memperkenalkan produk-produk pelancongan baharu.

“Kita ada Menara 188, Kuantan Art Street dan banyak lagi di seluruh Pahang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur di Auditorium Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP, di sini, hari ini.

Turut hadir barisan EXCO Kerajaan Pahang.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, barisan EXCO Kerajaan Pahang, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, YH. Dato’ Ishak Mokhtar dan Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus, YH Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin.

Dalam pada itu katanya, sektor pelancongan Pahang mencatatkan penurunan kedatangan pelancong sebanyak 46.87 peratus dengan jumlah pelancong seramai 7.43 juta orang pada tahun lalu berbanding 13.99 juta pelancong pada tahun 2019.

Justeru, penjenamaan semula tema baharu ini adalah bertepatan dalam merancakkan semula sektor terbabit selepas terjejas teruk ekoran penularan wabak pandemic COVID-19 pada 2020.

‘This is Pahang’ dilancarkan bagi menggantikan tema sebelum ini iaitu ‘Pahang Simply Awesome’ yang telah digunakan sejak 2019 selain Hogoh Pahang, Panoramic Pahang, Premier Adventure Holidays & Nation Gateways, Come to Nature dan Gateway To A Complete Tropical Experience. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds