Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ditemani Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), En. Zahari Ismail dan wakil syarikat Telco melawat menara telekomunikasi yang baru siap di Agropolitan Tanjung Gahai Lipis.

KERAJAAN PAHANG KOMITED PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET LUAR BANDAR

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

KUALA LIPIS, 16 MAC 2021 : Kerajaan Pahang komited mempertingkatkan kelajuan dan capaian internet di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, usaha ini penting bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat terutama ketika negara sedang menghadapi pasca COVID-19 pada ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff turut hadir ke Taklimat Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis yang dipengerusikan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim

“Kita kerajaan Pahang akan sentiasa memastikan capaian internet di seluruh Pahang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin di seluruh daerah”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis yang dipengerusikan Pegawai Daerah Lipis, YH Dato Mohd Hafizi Ibrahim serta selepas melalukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff hadir ke Sk Tanjung Gahai untuk bertemu dan berbincang bersama Guru Besar dan Ketua-ketua Kampung.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak, Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), En. Zahari Ismail dan wakil-wakil rangkaian telekomunikasi.

Pada kunjungan ke SK Tanjung Gahai, beliau turut meninjau kebolehcapaian internet serta turut berbincang bersama wakil rangkaian telekomunikasi dan ketua kampung bagi menjelaskan situasi semasa capaian internet di lokasi terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff meninjau Pusat Internet RTP Sungai Ular di Lipis

Sehubungan itu, katanya, usaha meningkatkan kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar di negeri ini dipergiat dengan pembinaan 191 menara dan kerja menaiktaraf 898 menara sedia ada di seluruh Pahang.

Kesukaran kehidupan ketika negara sedang berhadapan dengan COVID-19 pada tahun lalu sangat memberi impak yang besar terhadap negara dan semua sektor termasuklah perniagaan dan pendidikan sangat bergantung kepada penggunaan internet bagi meneruskan pengoperasian seperti biasa apabila urusan secara bersemuka tidak digalakkan bagi mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 . – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds