Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis menangkap ular sawa sepanjang tiga meter yang sedang membelit seekor ayam di kawasan pasar Padang Tengku, Lipis, hari ini.

APM TANGKAP ULAR SAWA 10 KG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ihsan APM

KUALA LIPIS, 16 MAC 2021 : Seekor ular sawa seberat 10 kilogram berjaya ditangkap ketika sedang membelit seekor ayam di atas pokok di Padang Tengku, di sini hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis, Kapt (PA) Mohd Azhar Yusof berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.03 pagi.

Beliau berkata enam anggota dan sebuah jentera telah dihantar ke lokasi kejadian.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis menangkap ular sawa sepanjang tiga meter yang sedang membelit seekor ayam di kawasan pasar Padang Tengku, Lipis, hari ini.

“Setibanya pasukan APM ke tempat kejadian di kawasan Pasar Padang Tengku, terdapat seekor ular sawa sepanjang lebih kurang tiga meter di atas pokok rambutan.

“Pasukan APM telah bertindak menangkap reptilia berkenaan menggunakan penjerut ular dan kemudiannya melepaskannya ke kawasan hutan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Menurut Mohd Azhar, reptilia berkenaan telah dilihat oleh seorang peniaga pasar tani berusia dalam 50-an ketika dia ingin membersihkan kawasan di bawah pokok rambutan tersebut.

Tambah Mohd Azhar lagi, ular sawa tersebut telah berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 15 minit. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds