Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang pada 16 Mac lalu yang terpaksa ditutup kerana berlaku penularan wabak COVID-19.

COVID-19: KERAJAAN PAHANG PASTIKAN KEPERLUAN PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN SANG RIANG MENCUKUPI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

BERA, 16 MAC 2021: Kerajaan Pahang akan memastikan keperluan makanan dan perubatan penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini yang sebelum ini terpaksa ditutup kerana berlaku penularan wabak COVID-19 sentiasa mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan Pahang melalui Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bekalan makanan kepada semua penghuni dengan kekerapan lima kali sehari.

Menurut beliau lagi, Pejabat Kesihatan juga telah mengenal pasti ubat-ubatan yang terlibat dan akan memastikan segala bekalan bantuan ubat tidak akan terganggu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan Pahang ketika melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang yang sebelum ini terpaksa ditutup kerana berlaku penularan wabak COVID-19.

“Seperti yang kita sedia maklum, daerah Bera telah melaporkan terdapat lima kes positif yang dikenali sebagai kluster Jalan Warga Emas iaitu di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang

“Kluster ini dapat dikesan melalui saringan survelan yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera pada 11 Mac 2021. Saringan ini melibatkan semua penghuni yang berumur 60 hingga 92 tahun dan penjaga iaitu seramai 265 orang.

“Pada 13 Mac 2021, keputusan sampel telah diperolehi dan lima orang daripadanya didapati positif dan keputusan baki adalah negatif. Kesemuanya kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut dan kesemua kes ini tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya dalam sidang media ketika mengadakan lawatan ke rumah berkenaan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan Pahang ketika melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang yang sebelum ini terpaksa ditutup kerana berlaku penularan wabak COVID-19.

Turut hadir, Pengarah JKM Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin dan Pegawai Daerah Bera, YH Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif @ Ahmat.

Beliau berkata, selain kes positif bagi kluster ini, tiga orang penghuni yang merupakan kontak rapat juga telah dirujuk ke HOSHAS kerana memerlukan rawatan dialisis.

“Situasi kluster Jalan Warga Emas ini agak berbeza dengan kluster-kluster yang ada sebelum ini kerana penghuninya terdiri daripada warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mempunyai waris.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Task Force COVID-19 Negeri Pahang telah mengenal pasti empat buah hospital yang berdekatan iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Jengka, Hospital Bentong dan Hospital Muadzam Shah untuk membantu dari segi penempatan penghuni-penghuni yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan penjaga-penjaga penghuni rumah kebajikan ini yang berjumlah 37 orang telah dikuarantin, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengenalpasti 25 orang sukarelawan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan bagi membantu menguruskan penghuni-penghuni tersebut.

“Selain sukarelawan tersebut, Pejabat Kesihatan Daerah Bera juga menyediakan 10 orang kakitangan bagi memastikan kesihatan warga emas yang terlibat terjamin dan perhatian sepenuhnya dapat diberikan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds