Anggota bomba membawa mayat Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, ditemukan pada pukul 10.33 pagi tadi.

MAYAT SEORANG MANGSA LEMAS DI SUNGAI PAHANG DITEMUI

TEMERLOH, 15 MAC 2021: Mayat salah seorang daripada dua mangsa yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Pahang di Kampung Loyang dekat Sanggang di sini, semalam, ditemui pagi ini.

Mayat Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, ditemukan pada pukul 10.33 pagi tadi oleh pasukan penyelamat.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman mangsa dijumpai pasukan penyelam bomba di dalam sungai kira-kira 35 meter dari tempat mangsa jatuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan operasi mencari seorang lagi mangsa diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Semalam dua individu hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Pahang bersama lima ahli keluarganya berhampiran Kampung Loyang di sini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hakim Faqih Norazmi, 16, dari Kampung Desa Murni dan Mohammad Naufal Farhan dari Kampung Loyang Sanggang dekat sini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds