Gambar hiasan

KAWALAN TAMBAHAN OPERASI PREMIS-PREMIS MAKANAN DALAM TEMPOH PKPP DI PAHANG

KUANTAN, 11 MAC 2021: Kerajaan Pahang menggariskan langkah-langkah kawalan tambahan di premis-premis yang menjual makanan bagi mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini selepas negeri ini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) sejak 5 Mac lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan, antara langkah tambahan itu ialah jarak antara meja perlulah satu meter antara satu sama lain, kapasiti meja adalah berdasarkan saiz meja dan penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain, maksimum untuk dine-in setiap pelanggan ialah satu jam dan Kapasiti pengunjung perlu dipamerkan di pintu masuk premis dan dipatuhi pada setiap masa bagi memudahkan penguatkuasaan.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan peraturan ini berkuatkuasa serta-merta dan akan disesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan COVID-19 di Negeri Pahang atau ke satu masa yang akan ditetapkan kelak.

“Kerajaan Negeri ingin mengingatkan pengusaha-pengusaha premis makanan perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan perkara ini dipatuhi dan Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pematuhan ini,” kata jawatankuasa itu menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan perkembangan semasa, tularan di Negeri Pahang adalah terkawal dan terdapat dua daerah yang hijau iaitu Lipis dan Cameron Highlands.

“Oleh yang demikian, amat penting untuk Rakyat Pahang terus mengamalkan kawalan kendiri dalam memastikan tularan di Negeri Pahang dapat dikawal sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds