YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
BAYARAN ‘ONE-OFF’ RM1,000 KEPADA PENGERUSI JKKK/JKKB DAN TIMBALAN PENGERUSI JKKR
KUANTAN, 11 MAC 2021: Kerajaan Pahang bersetuju agar bayaran ‘one-off’ RM1,000 diberikan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB), serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) ini merupakan tambahan RM750 kepada asal RM250 seorang sepertimana beliau umumkan dalam ucapan Belanjawan Negeri 2021 pada 16 November 2020.
Beliau berkata, mereka yang terlibat ialah seramai 675 orang meliputi 543 orang Pengerusi JKKK, 62 orang Pengerusi JKKB dan 70 orang Timbalan Pengerusi JKKR dengan nilai peruntukan keseluruhan ialah RM675,000.
“Pembayaran akan dibuat bermula minggu depan.
“Saya juga mengharapkan agar para penerima bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, seterusnya meningkatkan lagi khidmat-bakti lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung dan rancangan tanah yang diwakili,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.-PAHANGMEDIA