YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Prihatin Pahang Tahun 2021 Bagi Zon Pahang Tengah di Kampung Ketam.

1,032 IMAM TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 9 MAC 2021: Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM774,000 menerusi Program Bantuan Prihatin Pahang (BBP) untuk disalurkan kepada 1,032 orang imam di seluruh Negeri Pahang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setiap seorang Imam Kariah yang layak akan menerima sumbangan RM750 seorang.

“Selain menerima secara fizikal, imbuhan ini turut dikreditkan secara pindahan elektronik ke akaun penerima (Imam),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Prihatin Pahang Tahun 2021 Bagi Zon Pahang Tengah di Kampung Ketam di sini hari ini.

Antara Imam yang hadir untuk menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin.

Beliau berkata, pada majlis ini seramai 135 penerima bagi dua kategori iaitu Program BPP dan Bantuan Misi Pasca Banjir #teamM.o.F atau Kementerian Kewangan menerima sumbangan.

“Bagi Program BPP membabitkan seramai 300 orang dibahagikan kepada tiga zon iaitu, masing-masing 100 imam bagi zon Pahang Barat, Pahang Tengah dan Pahang Timur.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

“Bagi Bantuan Misi Pasca Banjir #teamM.o.F atau Kementerian Kewangan pula membabitkan 35 penerima mewakili 18 buah masjid dan 17 buah surau,” jelasnya.

Sementara itu seorang penerima BPP yang juga Imam Masjid Felda Kumai, Shamsuddin Hassan, 68, berkata, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebannya terutamanya dalam pandemik COVID-19 ini.

“Alhamdulilah dapatlah beli barang-barnag keperluan harian. Terima kasih Kerajaan Pahang yang menghargai peranan Imam dengan menyalurkan bantuan ini,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BBP) kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Prihatin Pahang Tahun 2021 Bagi Zon Pahang Tengah di Kampung Ketam.

Bagi Imam Desa Baru Purun, Ahmad Nafiri Mat Toazi, 65, bersyukur kerana menerima bantuan ini dan berharap tahun hadapan ada lagi peruntukan untuk Imam seperti ini.

“Semua bantuan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk membeli keperluan harian,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds