YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menanam pokok pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021 Daerah Maran, di Dewan Komuniti Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran, hari ini.

TUNGGU KELULUSAN KERAJAAN PUSAT TAMBAH 10,000 DOS VAKSIN COVID-19 DI PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

MARAN, 9 MAC 2021: Kerajaan Pahang berhasrat menambah 10,000 dos vaksin COVID-19 bagi kegunaan rakyat di negeri ini terutama mereka yang keciciran daripada senarai penerima vaksin tersebut.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri membuat permohonan menerusi Kerajaan Persekutuan bagi membuat pembelian vaksin tambahan terbabit.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita minta daripada Kerajaan Pusat untuk membeli 10,000 dos vaksin tambahan, sekiranya Kerajaan Pusat benarkan pembelian tambahan itu, kita akan teruskan pembelian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wan Ihsan Banjir 2021 Daerah Maran di Dewan Komuniti Kampung Jara, Kuala Sentul, di sini, pagi tadi.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, YB. Ustaz Mujibur Rahman Ishak dan Pegawai Daerah Maran, Encik Sharuddin Jali.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu mematuhi prosedur dan proses kawalan jualan vaksin terbabit bagi memastikan tiada pemalsuan vaksin timbul.

Beberapa prosedur perlu dipatuhi termasuklah meminta bantuan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) bagi menjalankan prosedur suntikan dengan menggunakan khidmat kepakaran doktor dan jururawat.

Beliau berkata, Pahang merupakan negeri kedua selepas Sarawak yang menepati sasaran 100 peratus penerima vaksin COVID-19 bagi fasa pertama dan berharap agar fasa kedua dan ketiga juga dapat menepati sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds