YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021 Daerah Temerloh kepada seorang penerima di Dewan Orang Ramai Lanchang.

PELBAGAI BANTUAN UNTUK RAKYAT BUKTI KEDUDUKAN PAHANG STABIL

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 9 MAC 2021: Kedudukan kewangan Pahang yang stabil dan baik membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di negeri ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, banyak bantuan telah disalurkan kepada rakyat termasuk yang terbaru adalah Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021.

“Sebelum ini ada orang cakap Pahang akan bankrap tetapi kita boleh bagi bonus kepada penjawat awam malah pada Belanjawan Negeri 2021 yang dibentangkan pada 16 November 2020, hasil dianggarkan ialah RM800.798 juta.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021 Daerah Temerloh kepada seorang penerima di Dewan Orang Ramai Lanchang.

“Kita juga ada bagi Bantuan Wang Ihsan Banjir bernilai RM 500 setiap ketua isi rumah diberikan sama ada yang berpindah ke Pusat-pusat Pemindahan Sementara atau menumpang sementara di rumah saudara-mara.

“Sumbangan ini juga turut diberikan kepada peniaga-peniaga di gerai-gerai dan rumah kedai-rumah kedai, yang mengalami bencana sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021 Daerah Temerloh di Dewan Orang Ramai Lanchang di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Sehubungan itu, beliau berkata, jumlah ketua isi rumah yang menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan Banjir untuk daerah Temerloh adalah seramai 6,729 orang.

“Jumlah kesemua ketua isi rumah atau penerima sumbangan ini di seluruh negeri ialah 18,726 orang dengan nilai peruntukan keseluruhan yang Kerajaan Negeri sediakan kira-kira RM9.4 juta.

“Sumbangan ini mungkin tidak banyak, tetapi diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung akibat bencana banjir,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds