YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika sidang media selepas Program Soft Launch Pahang Women’s Center di Villa 10, di Bukit Pelindung, Kuantan.

KERAJAAN PAHANG LANCAR RUMAH PERLINDUNGAN WANITA PERTAMA

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 08 MAC 2021 : Kerajaan Pahang melancarkan sebuah rumah perlindungan wanita yang pertama di negeri ini bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita yang mengalami masalah.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pusat Menangani Krisis Wanita ini akan menyediakan perlindungan sementara kepada wanita yang teraniaya.

“Kita cakap kita nak bantu wanita, kita nak bagi sokongan moral untuk wanita tapi tak menyediakan tempat.

“Tetapi di Pahang, kita bagi tempat untuk mereka, kita bagi bantuan RM120,000 untuk mencantikkan pusat ini dan Kerajaan Negeri akan bantu setakat yang boleh,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika sidang media selepas Program Soft Launch Pahang Women’s Center di Villa 10, di Bukit Pelindung, Kuantan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Program Soft Launch Pahang Women’s Center di Villa 10, di Bukit Pelindung, di sini hari ini.

Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Pengerusi Pusat Menangani Krisis Wanita, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Penasihat Pusat Menangani Krisis Wanita, YH Dato’ Sri Maznah Mazlan; dan Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberikan bantuan kepada pusat ini secara berterusan.

“Kita berikan bantuan ini kerana kita ada duit untuk diberikan kepada mereka ini malah pusat bernilai RM1.2 juta milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri, kemudian diberikan kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP),” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika sidang media selepas Program Soft Launch Pahang Women’s Center di Villa 10, di Bukit Pelindung, Kuantan.

Beliau berkata pusat ini akan memberi perlindungan sementara kepada wanita yang terbabit dalam masalah keganasan rumah tangga, penderaan mental dan fizikal, tekandas dalam perjalanan, hilang tempat berlindung dan gelandangan.

Menurut beliau pusat ini juga akan menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling kepada wanita bagi menangani tekanan perasaan selain memberi sokongan moral dan nasihat bimbingan dalam mengenal pasti masalah serta memberi tunjuk ajar mereka untuk memilih jalan penyelesaian.

“Selain itu, pusat ini juga akan menjadi pusat aktiviti kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) untuk menjalankan aktiviti dan program.

“Daripada empat bilik yang telah turut dibaik-pulih, dua daripadanya dijadikan sebagai bilik-bilik untuk penginapan sementara mangsa-mangsa manakala satu bilik kauseling dan satu lagi dijadikan bilik tamu di tingkat atas,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds