Mangsa terakhir kes lemas di Pantai Sungai Ular, dekat Cherating ditemukan pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

MANGSA TERAKHIR KES LEMAS DI SUNGAI ULAR DITEMUKAN

KUANTAN, 28 FEBRUARI 2021: Mangsa terakhir kes lemas di Pantai Sungai Ular, dekat Cherating di sini ditemukan pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Mangsa Mohd Fazrul Hakimi Ariffin, 11 tahun, berjaya ditemukan kira-kira pukul 12.47 tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang semalam, tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Mangsa terakhir kes lemas di Pantai Sungai Ular, dekat Cherating ditemukan pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Laporan kejadian itu diterima Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan, kira-kira pukul 6 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

Mayat mangsa pertama dikenali Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi berusia sembilan tahun ditemui kira-kira pukul 6 petang semalam manakala mayat kedua, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 tahun, kira-kira pukul 7 petang.

Seorang lagi mangsa, Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ sempat diselamatkan orang awam. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download