Dua kanak-kanak perempuan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Pantai Sungai Ular di sini kira-kira jam 5.30 petang tadi.
DUA KANAK-KANAK PEREMPUAN LEMAS, SEORANG MASIH BELUM DITEMUI
KUANTAN, 27 FEBRUARI 2021: Dua kanak-kanak perempuan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Pantai Sungai Ular di sini kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Dua kanak-kanak perempuan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Pantai Sungai Ular di sini kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Mangsa yang lemas ialah Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, manakala Mohd Fazrul Hakimi Ariffin, 11, masih belum ditemui.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan menyatakan berlaku kes kejadian lemas di Pantai Sungai Ular melibatkan tiga orang mangsa.
“Kejadian dipercayai berpunca semasa mereka mandi di sekitar pantai tersebut. Setakat ini usaha mencari dan menyelamat seorang mangsa sedang giat dijalankan,” kata kenyataan itu hari ini. – PAHANGMEDIA