Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Norolazali Sulaiman ketika Simulasi Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur hari ini.

KERAJAAN PAHANG SIAP SEDIA UNTUK VAKSINASI COVID-19

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 25 FEBRUARI 2021: Kerajaan Pahang kini sudah bersiap sedia memberikan suntikan vaksin kepada kira-kira seramai 30,000 petugas barisan hadapan yang dijangka bermula pada hari esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, segala persiapan telah dibuat termasuklah simulasi bagi proses pemberian vaksin juga telah diadakan sepenuhnya pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman menerima suntikan ketika Simulasi Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur hari ini.

“Proses simulasi ini diadakan bertujuan memastikan perjalanan proses pemberian vaksin yang dijadualkan pada hari esok dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui selepas Program Simulasi Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Zakaria Ibrahim, Pengarah Kesihatan Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, Encik Zairasyahli Shah Zakaria.

Sementara itu, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari berkata, pada hari esok seramai 100 petugas barisan hadapan dimulakan dengan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima suntikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman.

“Semua pihak dan agensi telah bersiap sedia bagi menjalankan program imunisasi ini dan seramai 70 petugas pelbagai agensi akan ditempatkan di sini, pada hari esok,” katanya.

Menurut Encik Zairasyahli Shah, sebanyak 72 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka di seluruh Pahang bagi fasa 1 ini.

“Kesemua PPV ini akan ditempatkan di lokasi yang bersesuaian di setiap daerah bagi memastikan proses pemberian vaksin bagi program imunisasi COVID-19 ini dapat dilaksanakan dengan baik di samping memudahkan orang ramai untuk menerimanya,” katanya.

Pada program simulasi itu, sebanyak enam stesen disediakan bagi setiap penerima vaksin iaitu saringan, pendaftaran, taklimat, tandatangan, suntikan dan pemerhatian.

Semalam, sebanyak 23,400 dos vaksin jenis Pfizer tiba di negeri ini untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di seluruh Pahang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds