YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak

ARAHAN KERAJAAN PAHANG TERHADAP DAERAH YANG MEMPUNYAI KES COVID-19

KUANTAN, 30 SEPTEMBER 2020: Penularan wabak COVID-19 di Pahang ketika ini adalah pada kadar terkawal dan kebanyakan kes di negeri ini melibatkan individu yang berkunjung ke Sabah.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, oleh itu, individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari negeri Sabah selepas 27 September lalu digalakkan untuk meneruskan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas ketibaan di KLIA dan membuat ujian ulangan pada hari ke-13 walaupun telah mendapat pelepasan dari perintah kuarantin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata, bagi daerah-daerah yang mempunyai kes COVID-19 yang aktif tindakan perlu dilakukan iaitu semua acara keramaian melibatkan orang awam termasuk kenduri-kendara melebihi 100 orang pada satu-satu masa perlu
ditangguhkan selama 14 hari dari kes terakhir dikesan.

Menurutnya, semua masjid, surau dan rumah ibadat berkaitan yang berada di
dalam lokaliti atau kawasan yang mempunyai kes aktif ditutup selama
14 hari.

“Semua aktiviti pekan sehari dan pasar malam di lokaliti atau kawasan yang mempunyai kes aktif ditangguhkan selama 14 hari.

“Bagi kes kontak rapat kepada kes positif yang hadir ke sekolah sebelum pengesanan dibuat, kelas terlibat akan ditutup selama 14 hari,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr Sallehuddin juga berkata, pasaraya-pasaraya yang menjadi tumpuan umum adalah diingatkan untuk memastikan pematuhan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan.

Menurutnya, semua aktiviti perniagaan, kedai serbaneka dan lain-lain premis
perniagaan yang terletak dalam daerah yang mempunyai kes COVID-19 dibenarkan beroperasi hanya sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Arahan ini tidak terpakai kepada pusat perubatan, klinik dan stesen minyak.

“Semua aktiviti riadah dan sosial adalah dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

“Aktiviti ini perlu tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan. Jika SOP sukar dikawal, acara dan penganjuran adalah tidak dibenarkan,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 3,335 total views

Please follow and like us:
error