Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

APLIKASI PAHANGGO REKOD 140,000 PENGGUNA

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 09 DISEMBER 2020: Aplikasi PahangGo yang dibangunkan oleh Kerajaan Pahang sejak Oktober tahun lalu telah digunakan oleh kira-kira 140,000 pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, setakat ini aplikasi ini secara keseluruhan telah mengutip sebanyak RM800,000.

“Aplikasi PahangGo ini adalah aplikasi yang menempatkan perkhidmatan antaranya ialah pembayaran cukai tanah, cukai taksiran, pembayaran kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bil PAIP, dan lain-lain lagi.

“Pengguna juga boleh melihat sejarah transaksi yang dapat dimuat turun sebagai rujukan pengguna,” katanya dalam sidang media Pelancaran Laman Web PahangGo dan Laman Web Pelan Digital Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download