Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya membabitkan hujan sangat lebat yang dijangka berterusan sepanjang hari ini di enam daerah di Pahang.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, kawasan yang diletakkan dalam bahaya membabitkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Cuaca buruk berkenaan dijangka akan berterusan bermula hari ini hingga 4 Januari 2021 (Isnin).
“Bagi kawasan diletakkan dalam keadaan buruk iaitu hujan lebat ialah di Raub, Bentong dan Bera.
“Bagi kawasan ini dijangka hujan lebat berterusan sehingga 5 Januari 2021 (Rabu) ” kata kenyataan itu. – PAHANGMEDIA
7,798 total views, 9 views today