AKAUN TWITTER PALSU GUNA NAMA KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG

KUANTAN, 2 MAC 2020: Satu akaun Twitter palsu menggunakan nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj dikesan diwujudkan sejak malam tadi.

Akaun berkenaan menggunakan nama @cheminahsayang selain turut meletakkan gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku sebagai profil di Twitter berkenaan.

Difahamkan setakat ini akaun palsu berkenaan sudah menaikkan lebih 10 entri sejak malam tadi.

Sementara itu, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam laman Twitter milik peribadinya mengesahkan perkara berkenaan.

Fake account. Please report,” kata beliau yang turut memuat naik tangkap layar akaun Twitter palsu berkenaan hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: