Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Pejabat Daerah Kecil Jelai di kawasan Bukit Betong, Lipis, hari ini.

AHLI DEWAN NEGERI DILANTIK BAGI MEMBANTU PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LIPIS, 23 NOVEMBER 2020 : Sidang Dewan Negeri Pahang yang berlangsung baru-baru ini telah meluluskan pelantikan lima orang Ahli Dewan Negeri.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelantikan tersebut tidak memberikan sebarang masalah kerana hanya pembangkang sahaja yang menolak pelantikan tersebut.

“Yang pertamanya, negeri Pahang ini luas dan kita ingin memberikan perkhidmatan lebih ramai dan mereka boleh membantu kerajaan, menyalur atau mendapatkan maklumat untuk membantu kerajaan.

“Yang keduanya, kita perlukan Ahli Dewan daripada kalangan masyarakat Orang Asli atau pun Sikh yang berkelayakan, berkaliber, berpengalaman dan berpendidikan akan dilantik sebagai wakil rakyat dan mempunyai hak yang sama seperti wakil rakyat yang lain kecuali tidak boleh menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tidak boleh menjadi Meneri Besar,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengambil kesempatan bertemu peniaga pasar ketika mengadakan lawatan kerja ke daerah Lipis, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelantikan lima Ahli Dewan Negeri yang telah pun diluluskan pada Sidang Dewan Negeri, baru-baru ini.

Katanya lagi, Pahang merupakan negeri ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu yang meluluskan pelantikan tersebut.

Malah beliau berkata, pelantikan itu juga tertakluk kepada keputusan kerajaan dan keperluan kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang agak banyak.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan mengkaji keperluan lantikan sama ada dapat memberi manfaat kepada rakyat sebelum persetujuan dibuat. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 328 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download