KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan.

AGONG PILIH TAN SRI MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-8

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melalui satu kenyataan media daripada Istana Negara hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Pagoh, YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, YH Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Menurutnya, proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Banginda di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

“Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Mohd Yassin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143),” katanya.

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini yang mengesahkan pelantikan YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Dato’ Ahmad Fadil berkata, proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.

“Seri Paduka baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media,” katanya. – PahangMedia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: