Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof ketika Majlis Perasmian Menara Kuantan 188 dan Jambatan Putra di Kuantan, malam tadi.

AGONG BERKENAN RASMI MENARA KUANTAN 188 DAN JAMBATAN PUTRA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali, Muhammad Muslimi Abd Rahim dan Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 21 FEBRUARI 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenaan merasmikan Menara Kuantan 188 dan Jambatan Putra secara maya, malam ini.

Baginda dalam perasmian sempena pengisytiharan Kuantan sebagai bandaraya telah berkenan menandatangani plak perasmian bagi mercu tanda dan jambatan baharu bandaraya Kuantan.

Baginda bertitah supaya orang ramai sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengamalkan saranan Kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong sentiasa berdoa semoga rakyat jelata akan dihindari daripada sebarang musibah dan berada dalam lindungan Allah SWT.

“… beta dengan sukacitanya merasmikan Menara Kuantan 188 dan Jambatan Kuantan,” titah baginda.

Pandangan indah Menara 188 dan pertunjukkan bunga api pada Majlis Perasmian Menara 188 dan Jambatan Putra di Kuantan, malam tadi.

Turut berkenaan mencemar duli menghadiri majlis, Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berangkat ke dek pemerhatian untuk menikmati pemandangan bandaraya Kuantan dan Sungai Kuantan dengan diiringi Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof ketika melihat Jambatan Putra selepas Majlis Perasmian Menara Kuantan 188 dan Jambatan Putra di Kuantan, malam tadi.

Baginda kemudiannya diiringi turun ke laman hijau bagi menyempurnakan pelancaran pertujukan bunga api dan perarakan 11 buah bot berhias sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, YB. Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof; Yang Amat Mulia Kerabat-kerabat Bergelar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Saifuddin Abdullah; Yang Dipertua Dewan Negeri, YB. Dato’ Sri Hj Ishak Muhamad; Timbalan Menteri Kewangan 2, YB. Tuan Mohd Shahar Abdullah; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Haji Ismail Haji Abd Mutalib; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri,Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan Datuk Bandar,Majlis Bandaraya Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Hussin. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download