Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH PENGURUSAN TAMAN NEGARA PAHANG

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan mencadangkan Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut diambil alih oleh Kerajaan Pahang secara keseluruhan bagi memastikan ia lebih berdaya maju.

YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, keseluruhan pengurusan Taman Negara ini boleh dijadikan Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan.

“Para penggiat pelancongan telah berbincang dan mencadangkan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambil alih keseluruhan pengurusan Taman Negara Pahang dengan menjadikannya Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan.

“Kami juga bercadang supaya Kerajaan Negeri mengambil alih aset-aset yang ada supaya ianya berdaya maju dari segi ekonomi tanpa menjejaskan kualiti pentadbiran, konservasi, penyelenggaraan dan penguatkuasaan.

“Untuk memastikan kepentingan penduduk tempatan dan penggiat industri pelancongan di Kuala Tahan terjamin, ahli lembaga Pengarah Perbadanan hendaklah dianggotai sekurang-kurang satu pertiga daripada penduduk tempatan dan penggiat industri pelancongan di Kuala Tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, beberapa aset di Taman Negara memerlukan penambahbaikkan bagi menarik kedatangan pelancong.

“Antara aset yang terlibat adalah membuka semula Pusat Pengajian Alam Semulajadi Kuala Atok yang ditutup, dan membuka laluan pejalan kaki berkanopi (canopy walkway) secara keseluruhan.

“Selain itu, Bumbun Kumbang, Bumbun Chegar Anjing, Bumbun Tabing dapat diselenggara dengan lebih baik; manakala Bumbun Tenor, Bumbun Yong, dan Bumbun Blau pula dibuka semula,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada hampir 450 pengusaha yang terjejas akibat penutupan kali kedua Taman Negara Pahang pada 6 hingga 22 Oktober lepas. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,687 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error