Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff turun padang bersama Ahli Dewan Negeri Cheka, En. Lee Ah Wong; Penghulu, Ketua Kampung dan wakil MCMC meninjau keadaan menara telekomunikasi di Kampung Relai, Kerambit Lipis.

ADN CHEKA MENGALUKAN PEMBINAAN MENARA BAGI TAMBAHBAIK CAPAIAN INTERNET

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

LIPIS, 27 JULAI 2021 : Penduduk di kawasan Dewan Negeri (DN) Cheka mengalu-alukan pembinaan menara telekomunikasi bagi menambahbaik perkhidmatan internet di kawasan mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berkata ia bertujuan supaya para pelajar dapat belajar dengan lebih baik.

“Kami sangat-sangat mengalukan usaha Kerajaan Negeri ini sebab kita ada keputusan yang baik diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tetapi bagi rakyat dan khasnya pelajar di sini mereka memang berharap kalau boleh adanya cara penyelesaian dalam jangka pendek supaya mereka boleh belajar dengan baik.

“Tetapi dalam jangka panjang mereka memang mengharapkan satu rangkaian atau satu sistem yang lebih baik dan berguna untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Menara Telekomunikasi dan Bertemu Pengadu dan Pemimpin Kampung Relai, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff; dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah memberitahu penduduk mengenai usaha Kerajaan membina menara baharu bagi menambahbaik capaian internet tetapi ia akan mengambil masa untuk selesai.

“…kami pun memberitahu mereka, sebenarnya Kerajaan telah berusaha tetapi mengambil masa. Tetapi bagi mereka, peperiksaan tidak menunggu. Mereka meminta kalau boleh proses penambahbaikkan internet itu disegerakan.

“Oleh itu kita lihat YB. Dato’  Mohammad Fakhruddin datang sini untuk melawat dan kami berharap dengan cara inilah penambahbaikkan ataupun tindakan sewajarnya yang akan diambil itu, akan disegerakan supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang elok,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download