Struktur ‘abutment’ (penampan) Jambatan Kampung Lechar di Raub dilaporkan runtuh selepas dihanyutkan arus deras petang tadi.

STRUKTUR ABUTMENT JAMBATAN KAMPUNG LECHAR RUNTUH

KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Struktur ‘abutment’ (penampan) Jambatan Kampung Lechar di Raub dilaporkan runtuh selepas dihanyutkan arus deras petang tadi.

Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan jambatan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub dalam satu kenyataan di Facebook melaporkan, stuktur berkenaan adalah sepanjang 3 meter dan lebar tujuh meter.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kerana jambatan berkenaan sudah ditutup untuk lalu lintas. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download