COVID-19: TIADA PKPB DI DAERAH KUANTAN

KUANTAN, 17 DISEMBER 2020: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang menafikan satu hantaran menerusi media sosial kononnya daerah Kuantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok berikutan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini.

Pengarah MKN Negeri Pahang, Encik Mohd Zairashahli Shah Zakaria memaklumkan tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa berhubung perkara itu dan beliau menyifatkan hantaran tersebut adalah palsu.

Pengarah MKN Negeri Pahang, Encik Mohd Zairashahli Shah Zakaria

Beliau juga menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia seperti mengamalkan mencuci tangan dengan kerap, penjarakan fizikal satu meter, memakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan sesak, elakkan kawasan sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat.

Orang ramai juga dinasihati untuk berada di rumah jika tiada urusan yang penting bagi mengelak penularan wabak COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download