Oleh : Norhafizan Zulkifli
Foto : Farizul Hafiz Awang
JERANTUT, 17 NOVEMBER 2025 : Seramai 150 pelajar pra-universiti dari empat buah daerah iaitu Jerantut, Lipis, Temerloh dan Maran, menyertai Program Seminar Sahsiah Remaja Aspirasi Pahang hari ini berlangsung di Hotel Darul Makmur, di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan, berkata program berkenaan merupakan sebahagian inisiatif di bawah Kluster Undang-Undang yang bertujuan membentuk sahsiah dan jati diri remaja.
“Hari ini kita mengadakan program di bawah kluster undang-undang di mana kita namakan Seminar Sahsiah Renaja di mana peserta kita pada hari ini seramai 150 orang daripada pelajar tingkatan enam daripada empat daerah, Jerantut, Lipis Temerloh dan juga Maran. Dan kita buat di Jerantut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan seminar berkenaan di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Kluster Perundangan Dasar dan Pan Tindakan Wanita Pahang, YH. Dato’ Julita Dato’ Sri Abdul Jabbar; Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Puan Zairish Zakaria; Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Encik Bahari Abdul Rahman; serta Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang, Puan Mazliana Mohamad Lazim.
Tambahnya, pelaksanaan program ini merupakan antara siri program kluster yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negeri.
“Kita ada lagi program-program kluster yang belum kita buat. Dan insyaAllah kita akan cuba habiskan sebelum hari tahun ini,” katanya lagi.
Mengulas mengenai tujuan seminar, YB. Dato’ Sabariah menekankan kepentingan pembinaan sahsiah diri sebagai persediaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan dunia dewasa.

“Kita mesti mengharapkan terbaiklah ya. Apa yang kita bagi, contoh hari ini, kita menitikberatkan tentang sahsiah pelajar-pelajarlah untuk bekal mereka meninggalkan alam persekolahan, untuk menempuh alam pekerjaan, dunia remaja macam itulah,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang atas komitmen dalam penganjuran seminar berkenaan selain turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar pra-universiti yang hadir.
Beliau dalam pada itu turut mengingatkan pelajar agar sentiasa menghargai jasa pihak yang membantu membentuk mereka sepanjang tempoh persekolahan.-PAHANGMEDIA

