Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 26 JULAI 2025 : YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri hari ini.
Beliau menerima darjah kebesaran dan gelaran tersebut pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang diadakan di Istana Abdulaziz hari ini.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup; Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Sri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Selain itu turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dato’ Sri Mohd Mustafa Abdul Aziz; Pengarah Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Zahrul Hakim Abdullah @ Ab Allah; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad; Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Komisioner Polis Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Berhad, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli.
Darjah Kebesaran dan gelaran sama turut dianugerahkan kepada Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dato’ Sri Dr. Azmee Mohd Ghazi; Pengerusi B.Grimm And Co, Dato’ Sri Dr. H.C Harald Link; Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Bhd, Dato’ Sri Amer Hamzah Ahmad; Pengarah Urusan Tong Chun Development Sdn Bhd, Dato’ Sri Ken Ng Chee Kean; serta Pengarah Urusan Kumpulan Magma Group Berhad, Dato’ Sri Liang Chee Fong.
Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Dato’ Indera kepada tiga individu iaitu YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Fadzilla Haji Salleh; Mantan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), Puan Sri Dato’ Indera Zainah Othman; serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Indera Haji Che Roslan Che Daud.

Sementara itu, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (DSAS) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Professor Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada lapan individu iaitu YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Dato’ Razihan Adzharuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin; serta Panglima Wilayah Udara 2 Markas Wilayah Udara 2, Wilayah Persekutuan Labuan, Mejar Jeneral Dato’ Haji Norli Hisham Alwi.
Turut dianugerahkan darjah kebesaran sama ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya; Pereka Fesyen dan Pengasas Butik Radzuan Radziwill, Dato’ Radzuan Radzi; Pengasas dan Pengarah Eksekutif Jaxer Sdn Bhd, Dato’ Mohd Faizal Abdullah; dan Ketua Pengarah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd, Dato’ Mohamad Zaidi Aziz.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Dato’ Mohd Razam Taja Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Dato’ Mohd Lafzul Muda merupakan antara 26 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada empat individu iaitu Juruiring Polis Kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Deputi Superintenden Polis Nik Mohammed Syukry Nik Husain; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Encik Wan Azam Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy; Ketua MIC Bahagian Indera Mahkota, Encik Raveentharan A/L Vengadasalam; serta Ketua MIC Bahagian Pekan, Encik Subramaniam A/L Nagappan.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Keberangkatan Paduka Baginda ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -PAHANGMEDIA

