Oleh : Fairus Mohd
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 29 MAC 2024: Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadangan untuk memberi bonus raya kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara berkenaan masih di peringkat perbincangan sebelum ia diputuskan
“Kita sedang meneliti kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Ia sedang dipertimbangkan,” ujarnya ringkas ketika ditemui media di sini.
Awal tahun ini Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam Pahang secara sekali bayar.
Pemberian yang belum pernah gagal dilakukan setiap tahun itu merupakan salah satu bukti pencapaian cemerlang kedudukan kewangan negeri Pahang. -PAHANGMEDIA

