Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 08 JANUARI 2024 : Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pekan, Rompin, dan Maran meningkat kepada 1,437 mangsa setakat 8 malam ini.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, kesemua mangsa dipindahkan ke 27 PPS yang melibatkan 388 keluarga berbanding 383 keluarga pada 4 petang hari ini.
Daerah Rompin merekodkan jumlah mangsa banjir dipindahkan tertinggi dengan 644 mangsa daripada 197 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.
PPS yang di buka di Rompin adalah Dewan Orang Ramai Bukit Ibam; Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam; Balairaya Bukit Lepas; Balairaya Kampung Mikang; Dewan Orang Ramai Leban Chondong; SK Buluh Nipis; SK Kampung Aur; SK Leban Chondong; SK Sarang Tiong; Balairaya Rekoh; dan Balairaya Kampung Badak.
Bagi daerah Maran, seramai 473 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke lapan PPS iaitu Kampung Ulu Luit; Surau Bukit Kuin; Balairaya Kampung Bak Bak; Pusat Pemindahan Tetap Luit; Balairaya JKKR Jengka 17; Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong; Dewan Felda Jengka 6; dan Balairaya Kampung Jara.
Di daerah Pekan, seramai 320 mangsa daripada 82 keluarga ditempatkan di lapan PPS iaitu Balairaya Gumum; Dewan Semai Bakti Felda Chini 1; Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3; Dewan Semai Bakti Felda Chini 3; Balairaya Batu Gong; Dewan Dato Sri Abu Bakar Bukit Udang; Balairaya Kampung Tanjung; dan Dewan Orang Ramai Air Hitam. -PAHANGMEDIA

