Jenazah Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, di Benus petang ini.

JENAZAH USTAZ DERIS SELAMAT DIKEBUMIKAN

BENTONG, 20 OGOS 2023 : Jenazah Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, di Benus petang ini.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Tengku Sulaiman Ketari pada jam 2 petang dan diimamkan sendiri oleh abangnya, Edzuan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak di Benus dekat sini jam 3.20 petang.

Selain keluarga Allahyarham dan orang ramai yang berada di tanah perkuburun tersebut, turut kelihatan Mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Tengku Sulaiman Ketari pada jam 2 petang dan diimamkan sendiri oleh abangnya, Edzuan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak di Benus dekat sini jam 3.20 petang.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Ustaz Deris dilahirkan pada 29 November 1982 berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Allahyarham Dato’ Sri Johari Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

Allahyarham adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, dalam insiden jam 2.40 petang pada Khamis lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adlina Aisyah Ahmad Rusli, 41 dan tiga orang anak masing-masing berusia 56 hari, 10 tahun serta 14 tahun.

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke pengebumian berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram