Jenazah Allahyarham Dato' Sri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 12 tengahari tadi selepas disolatkan di dua masjid iaitu Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang dan Masjid Saidina Hamzah.

JENAZAH DATO’ SRI JOHARI HARUN SELAMAT DIKEBUMI

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 : Jenazah Allahyarham Dato’ Sri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 12 tengahari tadi selepas disolatkan di dua masjid iaitu Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang dan Masjid Saidina Hamzah.

Tanah perkuburan telah dibanjiri kira-kira 1,000 orang ramai terdiri daripada ahli keluarga, tetamu kenamaan, kakitangan dan orang ramai.

Allahyarham Dato’ Sri Johari merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Jenazah Allahyarham Dato’ Sri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 12 tengahari tadi selepas disolatkan di dua masjid iaitu Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang dan Masjid Saidina Hamzah.

Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Zulkifli Yaacob, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.48 petang itu, seramai enam penumpang pesawat bersama dua krew telah terkorban selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas.

Dua lagi mangsa adalah orang awam yang melalui kawasan tersebut dengan masing-masing menaiki kereta dan motosikal.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang.

Allahyarham telah meninggalkan isteri, Datin Sri Maziah Mohd Sudin dan lima anak. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram