JANGAN SEBAR VISUAL, GAMBAR MANGSA TRAGEDI PESAWAT TERHEMPAS ELMINA

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 18 OGOS 2023 : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi visual atau gambar mangsa pesawat terhempas di Elmina.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, SKMM ingin mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.

“SKMM menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina dan ingin mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi. Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.

“Berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga manga malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak SKMM turut meminta semua individu membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

Sekiranya ada sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram